
PORT DICKSON, 24 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Kariah Kampung Sawah Sunggala di sini hari ini.
- Tiba selepas menghadiri program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).
- Khutbah berjudul "Jangan Khianati Kedaulatan Negara" disampaikan Imam Uwaish Qurni.
- Khutbah menekankan pentingnya mempertahankan kedaulatan serta memelihara keamanan dan keharmonian.
Datuk Seri Anwar tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 1.15 tengah hari selepas menghadiri program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini.
Sebelum solat Jumaat, Perdana Menteri bersama jemaah mendengar khutbah bertajuk “Jangan Khianati Kedaulatan Negara” yang disampaikan Imam Satu Masjid Kariah Kampung Sawah Sunggala, Uwaish Qurni.
Khutbah itu antara lain menekankan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara serta memelihara keamanan dan keharmonian.
Selesai menunaikan solat Jumaat, Datuk Seri Anwar meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah serta penduduk setempat sebelum meneruskan agenda lawatan beliau di Negeri Sembilan.