Pelajar gaduh di Seri Kembangan diberikan bimbingan kaunseling

Foto hiasan

SHAH ALAM, 24 Julai – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah melakukan intervensi bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar terlibat dalam kes pergaduhan yang membabitkan seorang pelajar dan bapanya di hadapan sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPN Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis; siasatan insiden pergaduhan sedang dijalankan.
  • JPN Selangor memandang serius kes keganasan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bersalah.
  • Polis mengesahkan penahanan beberapa individu; remaja 16 tahun dan bapanya dilaporkan cedera dalam insiden itu.

memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan murid yang tular baru-baru ini.

JPN Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku keganasan membabitkan warga sekolah.

“Insiden ini sedang berada dalam siasatan pihak polis. JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes berkenaan.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur yang terlibat kerana perbuatan itu menyalahi peruntukan undang-undang.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Serdang Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Muhamad Farid Ahmad mengesahkan penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah pada 3 Julai.

Beliau berkata kejadian berlaku pada waktu tengah hari selepas remaja itu didakwa dikepung dan dipukul manakala bapanya cedera semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.