fb fb fb fb fb

AS pertimbang serang fasiliti minyak Iran

Tentera Israel melancarkan lebih banyak serangan udara ke atas Beirut /Foto REUTERS

BEIRUT, 4 Oktober- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mempertimbangkan untuk menyerang fasiliti minyak Iran susulan tindakan negara itu melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Israel.

Biden berkata demikian ketika ditanya kemungkinan Amerika Syarikat menyokong serangan Israel terhadap fasiliti minyak Iran.

Biden menjawab pihaknya sedang berbincang berkenaan perkara tersebut.

Kenyataan tersebut menyebabkan harga minyak global meningkat berikutan kebimbangan berkaitan gangguan bekalan minyak.

Dalam masa sama, Biden turut berkata pihaknya tidak menyokong serangan Israel ke atas tapak nuklear Iran.

Sementara itu, tentera Israel melancarkan lebih banyak serangan udara ke atas Beirut dalam konflik berterusan dengan Hezbollah.

Serangan udara Israel menyasarkan kedudukan Hezbollah, termasuk sebuah kubu pertahanan bawah tanah yang menyasarkan Hashem Safieddine, pemimpin Hezbollah yang berpotensi menggantikan Hassan Nasrallah.

Di selatan Lebanon, tentera Israel mengarahkan penduduk lebih daripada 20 buah bandar untuk berpindah, sekali gus menjadikan jumlah arahan evakuasi kepada 70 bandar.

Situasi berkenaan memberi petunjuk kepada kemungkinan Israel merancang operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Hezbollah.

Menurut pihak berkuasa Lubnan, kira-kira 1.2 juta penduduk telah dipindahkan manakala hampir 2,000 orang terbunuh sejak konflik bermula.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD