SUMBER GOOGEL
LONDON, 7 Februari- Jubli platinum Ratu Elizabeth II, diraikan dengan senarai panjang pelbagai acara perayaan termasuk dihujani ucapan tahniah daripada rakyat jelata.
Sejak mendudukii takhta pada 1952, baginda merupakan raja paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain mengatasi rekod Ratu Victoria yang menduduki takhta selama 63 tahun.
Malah di bawah pemerintahannya telah menyaksikan 14 perdana menteri dilantik bermula Winston Churchill hingga Boris Johnson.
Selepas kematian Putera Philip pada April tahun lalu, Ratu Elizabeth II menjalankan semula tugasan rasmi negara.
Baginda pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu kerana masalah kesihatan, sekali gus menyebabkannya jarang membuat penampilan di khalayak.
Malah, dilaporkan ketika ini, baginda lebih banyak menghabiskan masa di Istana Windsor, lebih-lebih lagi sejak penularan wabak COVID-19.
Untuk rekod, hanya tiga kerabat diraja di seluruh dunia yang pernah memegang takhta lebih daripada 70 tahun. -AFP