Perlembagaan, kedaulatan undang-undang tidak boleh digadai – DS Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 25 September – Pakatan Harapan (PH) tidak akan bertolak ansur terhadap perkara yang menyentuh keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesetiaan kepada raja dan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • PH tidak akan menggadai keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesetiaan kepada raja dan negara.
  • PH sanggup mengetepikan perbezaan politik untuk bekerjasama dengan BN bila perlu, tetapi prinsip asas tetap diutamakan.
  • PH menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42, namun pendirian terhadap rasuah kekal; pesalah berprofil tinggi mesti menjalani hukuman penuh.

Ia merupakan ‘garis merah’ yang tidak akan dikompromi.

Menteri Komunikasi merangkap Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan, PH bersedia mengetepikan perbezaan politik untuk terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), namun prinsip asas PH itu kekal.

“Perbezaan pendirian antara parti boleh diketepikan apabila keadaan politik menuntut kedua-dua pihak bekerjasama, tetapi prinsip asas PH kekal.

“Itu pegangan. Itu garis merah. Kalau tanya saya, itulah garis merah yang sebenar,” katanya ketika ditanya mengenai batas kerjasama PH-BN dalam program audio siar The Tiger Show yang dihoskan wartawan, Amin Iskandar.

Penjelasan mengenai ‘garis merah’ itu dibangkitkan susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas Datuk Seri Fahmi, PH tidak akan menggadaikan pegangan terhadap keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesetiaan kepada raja dan negara dalam menentukan bentuk kerjasama politiknya.

PH menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam urusan pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan pada masa sama, pendirian PH terhadap rasuah tidak berubah.

“Individu yang terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi perlu menjalani hukuman penuh sebagai pengajaran kepada rakyat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.