Landskap politik Malaysia memasuki fasa ‘orde baharu’

Datuk Seri Fahmi ketika menjadi tetamu program audio siar The Tiger Show

KUALA LUMPUR, 25 September – Landskap politik negara kini memasuki fasa pembentukan ‘orde baharu’ selepas susunan politik yang bertahan sejak sekian lama mengalami keruntuhan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Susunan politik lama telah hilang; susunan baharu belum terbentuk sepenuhnya di peringkat negeri.
  • UMNO dan BN dominan selama 60 tahun, kemudian kehilangan dominasi dan berpecah, mendorong pembentukan gabungan baru.
  • Kerjasama antara parti hari ini tidak semestinya menyebabkan kehilangan identiti masing-masing.
  • Pembentukan susunan politik baharu masih berjalan; bentuk akhirnya mungkin berlainan daripada struktur politik sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika mengulas mengenai perubahan hubungan antara parti serta kemungkinan berlakunya penjajaran politik yang sebelum ini sukar dibayangkan.

“Yang lama, orde lama dah tiada, tetapi yang baharu belum terbentuk sepenuhnya.

“Jadi yang kita nampak sekarang ini, negeri by negeri ada orde baharu yang cuba dibentuk.

“Orde-orde baharu ini muncul disebabkan UMNO, Barisan Nasional (BN) dominan selama 60 tahun, kemudian hilang, pecah.

“Jadi masing-masing selepas itu cuba membentuk sesuatu yang baru. Ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya,” katanya ketika menjadi tetamu program audio siar The Tiger Show yang dihoskan wartawan, Amin Iskandar.

Wawancara itu turut menyentuh kemungkinan Pakatan Harapan (PH) dan BN mempunyai formula berbeza apabila menghadapi pilihan raya akan datang.

Datuk Seri Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH menjelaskan, kerjasama hari ini tidak semestinya bermaksud semua parti kehilangan identiti masing-masing.

Sebaliknya, pembentukan susunan politik baharu masih berlangsung dan bentuk akhirnya tidak semestinya sama dengan struktur politik sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.