
MUMBAI, 21 Oktober – Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat (AS) dan India membincangkan usaha memperkukuh hubungan ekonomi serta keselamatan serantau dalam pertemuan tiga hala di Mumbai semalam (Selasa).
- UAE, AS dan India nyatakan kesediaan meneroka peluang kerjasama baharu untuk sokong pembangunan bersama dan hubungan strategik yang kukuh.
- Perbincangan menumpu pengukuhan ekonomi melalui perdagangan, pelaburan dan perluasan kerjasama teknologi termasuk kecerdasan buatan.
- Ketiga menteri bertukar pandangan mengenai keselamatan serantau, kestabilan politik dan usaha tingkatkan kemakmuran ekonomi.
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari AS, Marco Rubio dan India, Subrahmanyam Jaishankar.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), Sheikh Abdullah menegaskan UAE mempunyai hubungan strategik yang kukuh dengan India dan AS, selain menyatakan kesediaan ketiga-tiga negara meneroka peluang kerjasama baharu bagi menyokong pembangunan bersama.
Ketiga-tiga menteri turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk usaha memperkukuh keselamatan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi. – VIORY