fb fb fb fb fb

142 Wanita Palestin, bayi, warga emas dalam tahanan Israel

Israel tahan penduduk Palestin di Baitulmaqdis, April lalu/AFP

RAMALLAH, 11 Disember - Seramai 142 orang wanita, termasuk bayi dan warga emas Palestin, kini ditahan di penjara Israel.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam kenyataan bersama memaklumkan mereka kini ditahan di beberapa penjara Israel termasuk penjara Al-Damon dan Hasharon.

Pertubuhan tahanan tersebut sebelum ini berkata Israel sedang melakukan jenayah yang kejam terhadap tahanan Gaza, namun enggan untuk mendedahkan nasib mereka, dari segi bilangan, tempat tahanan dan status kesihatan.

Situasi tersebut meningkatkan tahap kebimbangan terhadap nasib tahanan saban hari.

Mereka juga tidak menolak kemungkinan bahawa rejim zionis mungkin melaksanakan hukuman mati di lapangan terhadap tahanan Gaza.

ROSLINA BINTI DIN