fb fb fb fb fb

125,000 trak diperlukan alih serpihan gempa di Myanmar - PBB

Keadaan bangunan rosak akibat gempa bumi di Mandalay/ AFP

GENEVA, 14 April- Gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar bulan lepas menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan negara yang dilanda konflik itu memerlukan bantuan segera untuk membersihkan sisa serpihan gempa bumi.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kira-kira 125,000 trak diperlukan untuk mengalih 2.5 juta tan serpihanakibat gempa bumi di Myanmar.

Program Pembangunan PBB (UNDP) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu dengan merujuk kepada data baharu yang diperoleh daripada data penderiaan jauh.

Dua minggu selepas gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu melanda Myanmar ia telah mengorbankan lebih 3,600 individu.

Sementara itu menurut agensi berkenaan di bandar Mandalay dan Sagaing turut musnah, manakala lebih 60,000 individu lain berlindung di pusat perpindahan sementara.

Mereka "terlalu takut untuk pulang ke rumah masing-masing. Sambungan pengangkutan terjejas dan bekalan air tidak berfungsi", kata wakil penduduk UNDP di negara itu Titon Mitra.

Menurut analisis UNDP, kira-kira 1.6 juta bangunan terletak di kawasan terjejas terdedah kepada gempa tersebut.

"Banyak bangunan tidak direka bentuk untuk menahan aktiviti gempa bumi yang begitu kuat," tambah agensi itu.

Lebih daripada 10,000 rumah dan bangunan perkhidmatan awam terjejas atau musnah susulan gempa berkenaan.

Pada masa sama, 128 kemudahan kesihatan di negara itu turut "terdedah kepada gempa bumi dengan kemungkinan besar menyebabkan kerosakan atau mebawa kemusnahan ketara.

"Kemudahan fasiliti kesihatan yang terjejas dikhuatiri tidak dapat memberi perkhidmatan kepada individu terjejas. Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang ingin mendapatkan rawatan perubatan," katanya.

Bagaimanapun Mitra berkata analisis UNDP yang diperolehi daripada data satelit lanjutan menyifatkan keadaan selepas gempa bumi di Myanmar memberi "maklumat yang sangat membimbangkan".

"Adalah penting untuk kami mengesahkan dengan pantas keadaan ini dari atas," katanya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI