
KUCHING, 30 April – Empat kes penyelewengan diesel dikesan menerusi Op Tiris 4.0 yang dijalankan di beberapa stesen minyak di Sibu, dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM20,629.95.
- Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan disyaki menyeleweng 200 liter diesel menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
- Seorang lagi lelaki ditahan dipercayai menyeleweng 93 liter diesel di lokasi sama.
- Dua stesen minyak disyaki membenarkan pembelian diesel melebihi had ditetapkan tanpa permit sah.
- Semua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin menerusi satu kenyataan memaklumkan, operasi itu membawa kepada tindakan penguatkuasaan terhadap dua individu serta dua stesen minyak.
“Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan kerana disyaki menyeleweng 200 liter diesel bernilai RM430 menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Pada hari sama, seorang lagi lelaki turut ditahan selepas dipercayai menyeleweng 93 liter diesel bernilai hampir RM200 di lokasi sama.
“Sementara itu, dua lagi kes membabitkan stesen minyak yang disyaki membenarkan pembelian diesel melebihi had ditetapkan tanpa permit sah,” katanya.
Kesemua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.