
TOKYO, 30 April – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi menegaskan akan meneruskan segala usaha diplomatik bagi memastikan semua kapal dapat melalui Selat Hormuz dengan selamat.
RINGKASAN BERITA AI
- Mengadakan perbincangan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
- Membuat rayuan langsung kepada Presiden Iran bagi memastikan laluan selamat untuk sebuah kapal berkaitan Jepun.
- Bekerjasama rapat dengan menteri luar dan pihak kedutaan Jepun dalam usaha diplomatik.
- Mengerakkan pelbagai inisiatif diplomatik bagi menjamin keselamatan pelayaran di laluan strategik tersebut.
Beliau membuat kenyataan itu pada Khamis (30 April) selepas mengadakan perbincangan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Menurut Takaichi, dalam usaha memastikan laluan selamat bagi sebuah kapal berkaitan Jepun melalui selat berkenaan, beliau sendiri telah membuat rayuan secara langsung kepada Presiden Iran.
Tambahnya, usaha itu turut melibatkan kerjasama rapat dengan menteri luar serta pihak kedutaan Jepun, selain pelbagai inisiatif diplomatik lain yang digerakkan bagi menjamin keselamatan pelayaran di laluan strategik tersebut.-REUTERS