Thailand perhebat operasi banteras barangan langgar peraturan harta intelek

Foto hiasan

BANGKOK, 30 April – Thailand memperhebat operasi membanteras barangan menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan harta intelek dengan merekodkan sebanyak 622 kes antara Februari dan Mac 2026 di tujuh wilayah selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan susulan arahan Perdana Menteri untuk mengukuhkan keyakinan perdagangan dan pelaburan.
  • Kerajaan komited kepada penguatkuasaan konsisten dan ketat bagi membendung barangan menyalahi undang-undang sepanjang rantaian bekalan.
  • Operasi diketuai Pejabat Eksais Wilayah 9 bersama pejabat eksais tempatan di kawasan strategik selatan.
  • Nilai denda dan anggaran mencapai 245.55 juta baht, menunjukkan peningkatan 119 peratus berbanding tempoh sama.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Ploytale Laksamee Sangchan berkata operasi itu dilakukan susulan arahan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul dalam usaha mengukuhkan keyakinan perdagangan dan pelaburan.

“Kerajaan kekal komited terhadap penguatkuasaan yang konsisten dan ketat bagi membendung barangan menyalahi undang-undang di seluruh rantaian bekalan, bermula dari punca hingga ke destinasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ploythale berkata operasi yang diketuai oleh Pejabat Eksais Wilayah 9 dan pejabat eksais tempatan itu meliputi kawasan strategik utama di Songkhla, Trang, Narathiwat, Pattani, Phatthalung, Yala dan Satun.

Beliau berkata 622 kes itu merangkumi 8.83 peratus daripada keseluruhan kes di seluruh negara, dengan nilai denda dan anggaran denda berjumlah 245.55 juta baht (RM29.9 juta), yang menunjukkan peningkatan sebanyak 119 peratus berbanding tempoh sama – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.