
KUALA LUMPUR, 10 Januari – Pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Malaysia selepas menewaskan Anders Antonsen.
- Shi Yu Qi akan berentap dengan Kunlavut Vitidsarn dalam aksi akhir perseorangan lelaki esok.
- Kunlavut menewaskan Jonatan Christie 21-16, 21-16 untuk mara ke final.
- Dalam kategori wanita, An Se Young layak ke final tanpa bertanding selepas Chen Yu Fei menarik diri.
- Wang Zi Yi mara ke final wanita selepas menundukkan P.V. Sindhu 21-16, 21-15.
Saingan di Axiata Arena menyaksikan jaguh China itu menang straight set 21-13, 21-14 ke atas pilihan ketiga dari Denmark itu.
Shi akan bertemu pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn, pada aksi akhir esok.
Terdahulu, Kunlavut yang juga pilihan kedua kejohanan mengatasi Jonatan Christie dari Indonesia 21-16, 21-16.
Dalam kategori wanita, pilihan utama dari Korea Selatan, An Se Young mara ke final tanpa bertanding selepas lawannya dari China, Chen Yu Fei menarik diri.
Beliau akan berdepan seorang lagi wakil China, Wang Zi Yi yang juga pilihan kedua kejohanan pada perlawanan akhir.
Wang sebelum itu menewaskan pemain India, P.V. Sindhu 21-16, 21-15.