Lebih 96 peratus tuntutan faedah PERKESO berjaya diproses, dibayar pada 2025

Gambar Hiasan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Sebanyak 96.86 peratus tuntutan faedah di bawah skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjaya diproses dan dibayar sepanjang tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • PERKESO meliputi Skim LINDUNG Pekerja, Skim LINDUNG Kendiri dan Skim LINDUNG Kasih.
  • PERKESO memperkemas sistem pemprosesan tuntutan untuk tingkatkan kecekapan dan memudahkan urusan pencarum, termasuk penggunaan sistem 1Best sepenuhnya.
  • Permohonan tuntutan boleh dibuat bila-bila masa melalui portal LINDUNG Faedah, dan aplikasi PRIHATIN disediakan untuk maklumat perkhidmatan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata pencapaian itu merangkumi Skim LINDUNG Pekerja, Skim LINDUNG Kendiri dan Skim LINDUNG Kasih.

Jelasnya, PERKESO memperkemas sistem pemprosesan tuntutan faedah bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memudahkan urusan pencarum.

“Buat masa ini, permohonan tuntutan faedah boleh dibuat melalui portal LINDUNG Faedah PERKESO pada bila-bila masa sahaja.

“PERKESO turut menaik taraf infrastruktur sistem pemprosesan faedah dalaman menerusi sistem 1Best yang digunakan sepenuhnya mulai tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, aplikasi PRIHATIN juga diperkenalkan kepada pencarum, khususnya bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan PERKESO.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.