Simeone akui silap, mohon maaf kepada Vinicius

Vinicius Junior kelihatan kecewa selepas dikeluarkan daripada permainan, sementara Diego Simeone memerhati dari tepi padang dalam aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol di Jeddah, 8 Januari 2026/Foto REUTERS

MADRID, 12 Januari – Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone memohon maaf kepada pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior susulan pertelingkahan mereka dalam saingan Piala Super Sepanyol.

RINGKASAN BERITA AI
  • Diego Simeone memohon maaf kepada Vinicius Junior susulan pertengkaran semasa separuh akhir Piala Super Sepanyol.
  • Simeone mengaku tindakannya tidak wajar dan meminta maaf juga kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez.
  • Insiden berlaku selepas Vinicius dikeluarkan, dalam perlawanan yang dimenangi Atletico 2-1 oleh lawan mereka.

Simeone bertikam lidah dengan Vinicius ketika Atletico tewas 1-2 pada aksi separuh akhir Khamis lalu, terutama selepas pemain Brazil itu dikeluarkan daripada permainan.

Jurulatih dari Argentina itu turut memohon maaf kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez, selepas dilihat seolah-olah memberitahu Vinicius bahawa ketua Los Blancos itu akan menyingkirkannya daripada kelab.

“Saya ingin memohon maaf kepada Florentino dan Vinicius atas insiden yang berlaku,” kata Simeone pada sidang media menjelang aksi Piala Raja Sepanyol menentang Deportivo La Coruna, Rabu ini.

“Tindakan saya tidak wajar dan saya akui ia bukan perkara yang betul untuk dilakukan,” katanya.

Sementara itu, pada perlawanan akhir Piala Super Sepanyol yang berlangsung awal pagi Isnin, Real Madrid terpaksa akur tewas 2-3 kepada Barcelona.

Gol Real Madrid dijaringkan oleh Vinicius Junior dan Gonzalo Garcia, manakala Barcelona memperoleh jaringan menerusi Raphinha yang menyumbang dua gol serta Robert Lewandowski dengan satu gol.