
KUALA LUMPUR, 9 April – Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2026 berakhir apabila pemain utama negara S. Sivasangari tersingkir di suku akhir setelah tewas straight set menentang pemain Mesir Nour El Sherbini, semalam.
- Sivasangari memberikan saingan sengit tetapi gagal mengekang kehebatan Sherbini.
- Keputusan perlawanan 10-12, 8-11, 9-11.
- Sherbini akan berdepan wakil Amerika Syarikat Olivia Weaver di separuh akhir.
Pemain nombor enam dunia itu memberikan saingan sengit tetapi gagal mengekang kehebatan Sherbini yang berada di ranking kedua.
Dalam aksi tersebut Sivasangari tewas dengan keputusan 10-12, 8-11, 9-11.
Sivasangari sebelum itu menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke kelompok lapan terbaik.
Sementara itu, Sherbini yang mara ke separuh akhir akan berdepan wakil Amerika Syarikat, Olivia Weaver untuk merebut slot ke final.
Terdahulu, kempen pasukan lelaki Malaysia tamat di pusingan kedua selepas Ng Eain Yow tewas menentang pemain nombor dua dunia dari New Zealand, Paul Coll. – BERNAMA