Masters 2026: Ujian getir menanti McIlroy di Augusta

Juara bertahan, Rory McIlroy bakal berdepan cabaran sengit pada kejohanan Masters kali ini./foto AFP

AUGUSTA, 9 April – Bintang golf dunia kini bersiap sedia berdepan ujian getir di Augusta National apabila pusingan pembukaan kejohanan Masters ke-90 dijadualkan bermula dalam keadaan padang yang mencabar, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Padang kering dan angin kencang dijangka menambah cabaran, menyukarkan kawalan bola di green yang beralun dan sangat laju.
  • McIlroy tekankan kesabaran; beliau ramal catatan bawah par dua digit mungkin cukup jika cuaca ekstrem berterusan.
  • Scottie Scheffler lihat cabaran utama sebagai memulihkan posisi bola jika tersasar, memerlukan kawalan tepat.
  • Jon Rahm dan penganjur dijangka tingkatkan kesukaran padang untuk menguji kawalan serta Bryson mahu menumbangkan McIlroy.

Keadaan lapangan yang kering dan angin kencang dijangka memberikan cabaran besar kepada 91 peserta, terutama dalam mengekalkan kedudukan bola di atas green yang beralun dan sangat laju.

Juara bertahan, Rory McIlroy, akui kepentingan kesabaran dalam menghadapi suasana tersebut.

Beliau meramalkan bahawa jika cuaca ekstrem berterusan, catatan bawah par dua digit sudah memadai untuk muncul juara keseluruhan pada edisi kali ini.

“Ia mengenai kesabaran, seperti lazimnya di sini,” kata McIlroy.

Sementara itu, pemain No.1 dunia, Scottie Scheffler, yang memburu gelaran Masters ketiga, teruja dengan keadaan padang ketika ini.

Beliau menyifatkan cabaran terbesar di Augusta adalah untuk kembali ke posisi asal sekiranya pemain tersasar dari kedudukan sepatutnya.

Nada serupa disuarakan bintang Sepanyol, Jon Rahm, yang menjangkakan pihak penganjur akan menetapkan tahap kesukaran paling tinggi bagi menguji kawalan dan kemahiran setiap pemain.

Dalam pada itu, tumpuan juga terarah kepada Bryson DeChambeau yang mahu menghangatkan lagi persaingan antara beliau dengan McIlroy.

DeChambeau turut akui misinya adalah untuk menumbangkan McIlroy. – AFP