
PUTRAJAYA, 9 April – Dijangka lebih ramai beralih kepada pengangkutan awam dan kenderaan elektrik susulan cabaran krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos bahan api.
- Kerajaan mengambil langkah menangani impak kenaikan harga bahan api global.
- Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab memastikan sistem pengangkutan negara cekap, boleh dipercayai dan selesa.
- Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah disambut baik kerana mengurangkan kesesakan, penggunaan bahan api dan meningkatkan produktiviti kerja.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata perkembangan itu selari dengan langkah kerajaan dalam menangani impak kenaikan harga bahan api di peringkat global.
“Justeru, menjadi tanggungjawab Kementerian Pengangkutan untuk memastikan sistem pengangkutan negara berada pada tahap kecekapan, kebolehpercayaan dan keselesaan yang tinggi.
“Kami juga menyambut baik pekeliling perkhidmatan awam berhubung pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan penggunaan bahan api, malah menyumbang kepada produktiviti kerja yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.