
KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Jawatankuasa khas dicadang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).
- Perincian kaedah pelaksanaan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak diperlukan.
- Perkara masih pada peringkat perbincangan awal, menurut Menteri Datuk Mustapha Sakmud.
- Isu ini telah dijadikan agenda dalam mesyuarat MTPMA63, Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 dan Jemaah Menteri.
- Beliau telah mengadakan perbincangan awal dengan SPR untuk mendapatkan input dan menentukan langkah seterusnya.
Langkah itu bagi memperincikan kaedah pelaksanaan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara itu masih pada peringkat perbincangan awal.
“Pertambahan bilangan ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak ini telah dijadikan agenda perbincangan dalam mesyuarat MTPMA63 dan juga mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, serta dibincang secara serius dan teliti dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Susulan itu, saya sendiri telah mengadakan perbincangan awal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan input daripada SPR dan apa-apa tindakan yang perlu dibuat selepas ini”, katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie anak Mongin mengenai mekanisme dan langkah perundangan yang perlu dibuat bagi merealisasikan penambahan kerusi Parlimen dari kedua-dua negeri tersebut.