Projek Emas persediaan Melaka hadapi SUKMA 2026

Datuk VP Shanmugam

BANDAR HILIR, 9 April – Melaka akan menyenarai pendek senarai atlet untuk Projek Emas kira-kira dua
bulan lagi dengan memberi tumpuan kepada atlet yang berpotensi meraih pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek Emas merupakan inisiatif persediaan Melaka menghadapi SUKMA 2026 di Selangor.
  • Semua peserta telah dimasukkan dalam senarai panjang dan akan disenarai pendek tidak lama lagi.
  • Semua agensi dan persatuan sukan akan melatih atlet di peringkat Majlis Sukan Negeri Melaka selepas senarai pendek ditetapkan.

Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, Projek Emas itu merupakan sebahagian inisiatif sebagai persediaan untuk menghadapi SUKMA 2026 di Selangor.

“Projek Emas untuk Melaka, kami telah memasukkan semua peserta dalam senarai panjang. Dalam masa sebulan atau dua ini, kami akan memutuskan senarai pendek.

“Apabila senarai pendek telah ditentukan, semua agensi dan persatuan sukan akan memainkan peranan dalam melatih mereka di peringkat Majlis Sukan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu di Konti MelakaFM, Jalan Taming Sari di sini.