
TEHRAN, 9 April — Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf pada Rabu mendakwa tiga klausa utama dalam cadangan 10 perkara telah dilanggar sebelum rundingan yang dijadualkan bermula pada Jumaat di Islamabad.
RINGKASAN BERITA AI
- Qalibaf menyatakan gencatan senjata dua hala atau rundingan tidak munasabah selepas pelanggaran syarat.
- Salah satu pelanggaran adalah gencatan senjata diceroboh di Lubnan.
- Pencerobohan dron ke ruang udara Iran dan penafian hak pengayaan uranium turut dicatat.
Beliau menegaskan bahawa dalam situasi sedemikian, pelaksanaan gencatan senjata dua hala atau rundingan adalah tidak munasabah.
Menerusi hantaran di X, Qalibaf memperincikan pencabulan tersebut merangkumi pelanggaran gencatan senjata di Lubnan, pencerobohan dron ke dalam ruang udara Iran, serta penafian hak Iran untuk melakukan pengayaan uranium.
Menurut sumber Pakistan, Qalibaf bersama Menteri Luar Abbas Araqchi dijadualkan mengetuai delegasi ke Islamabad untuk sesi rundingan dengan Amerika Syarikat. – REUTERS