PKS pemacu penting pertumbuhan ekonomi negara -PM

Gambar Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dan perlu terus diperkasa bagi meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan terus fokus pembangunan PKS melalui dana pinjaman, dana penyelidikan dan pelbagai insentif.
  • Sokongan bertujuan meningkatkan kecekapan, memperkukuh inovasi dan membantu PKS menembusi pasaran antarabangsa.
  • Perdana Menteri kata fokus belanjawan dan inisiatif ini dibuat selepas desakan MITI; diumumkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan ekonomi Malaysia bukan hanya bergantung kepada puluhan syarikat gergasi, sebaliknya turut disokong puluhan ribu PKS yang berpotensi berkembang menjadi pemain industri yang lebih berdaya saing.

Beliau berkata kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan PKS, termasuk melalui penyediaan dana pinjaman, dana penyelidikan dan pelbagai insentif bagi membantu perusahaan berkenaan mengembangkan perniagaan serta meningkatkan keupayaan masing-masing.

Katanya, sokongan itu penting bagi membolehkan PKS meningkatkan kecekapan, memperkukuh inovasi dan daya cipta, selain menembusi pasaran antarabangsa.

“Kita masih bertahan dan mengetahui bahawa kekuatan kita ini bukan pada puluhan syarikat gergasi, yang penting, yang boleh kita beri kerjasama, tapi kekuatannya adalah pada puluhan ribu PKS, PKMS.

“Dan sebab itu atas desakan MITI, maka Kementerian Kewangan dan saya dalam Belanjawan memutuskan untuk memberikan ini fokus yang besar, sama ada dana pinjaman, dana penyelidikan, dan beberapa insentif yang telah diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.