CAF siasat kekecohan aksi Algeria-Nigeria di AFCON

Pemain tengah Nigeria, Raphael Onyedika (lima dari kiri) dan penjaga gol Algeria, Luca Zidane (dua dari kanan) bertengkar semasa perlawanan suku akhir Piala Negara Afrika di Marrakesh, 10 Januari 2026/Foto AFP

RABAT, 12 Januari – Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) membuka siasatan susulan pertelagahan membabitkan pemain Algeria dan Nigeria pada aksi suku akhir Piala Negara Afrika (AFCON).

RINGKASAN BERITA AI
  • CAF membuka siasatan ke atas pergaduhan antara pemain Algeria dan Nigeria selepas perlawanan suku akhir AFCON.
  • Kes dirujuk kepada Lembaga Tatatertib untuk siasatan lanjut dan kemungkinan tindakan disiplin.
  • Tindakan disiplin berpotensi menjejaskan persiapan Nigeria menjelang separuh akhir menentang Maghribi.
  • CAF juga menyiasat insiden dalam perlawanan suku akhir Maghribi lawan Cameroon berkaitan ketidakpuasan hati terhadap pengadil.

Dalam kenyataan, CAF memaklumkan kes berkenaan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib bagi siasatan lanjut serta kemungkinan tindakan disiplin.

Ketegangan tercetus sejurus tamat perlawanan di Marrakesh, Sabtu lalu, yang menyaksikan Nigeria menewaskan Algeria 2-0.

Victor Osimhen dan Akor Adams masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan Super Eagles.

Sebarang tindakan disiplin berpotensi menjejaskan persiapan Nigeria menjelang aksi separuh akhir menentang Maghribi pada Rabu ini.

CAF turut menyiasat insiden dalam satu lagi perlawanan suku akhir melibatkan Maghribi dan Cameroon, yang berlangsung pada Jumaat.

Maghribi menewaskan Cameroon 2-0 di Rabat dalam perlawanan berkenaan.

Cameroon meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil, khususnya penolakan sepakan penalti ke atas Bryan Mbeumo.