Aduan iklan kesihatan dalam talian dirujuk kepada MCMC – DS Fahmi

Menteri Komunikasi bersama dengan wakil persatuan dan pakar perubatan / Foto FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 19 September – Aduan berhubung iklan serta promosi kesihatan dalam talian yang didakwa menyalahi peraturan dan boleh mengelirukan orang ramai, akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Isu iklan dan promosi kesihatan dalam talian dibangkitkan oleh wakil persatuan dan pakar perubatan.
  • Fahmi akan panjangkan aduan kepada MCMC untuk penelitian dan tindakan lanjut dengan pihak berkaitan.
  • Pertemuan diadakan untuk mendengar pandangan, cadangan dan isu yang menjadi perhatian mereka.
  • Beliau menghargai perkongsian terbuka dan konstruktif serta menekankan kepentingan pandangan lapangan untuk penyelesaian berkesan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata aduan itu, merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuannya hari ini bersama dengan wakil persatuan dan pakar perubatan di Kuala Lumpur.

“Perkara ini akan saya panjangkan kepada MCMC untuk penelitian dan tindakan lanjut bersama dengan pihak berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata pertemuan itu diadakan untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta isu yang menjadi perhatian wakil persatuan dan pakar perubatan berkenaan.

Fahmi turut berterima kasih atas perkongsian yang terbuka dan konstruktif dalam pertemuan tersebut.

“Pandangan mereka yang berada di lapangan penting, untuk kita memahami masalah sebenar dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan,” katanya. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.