
MANCHESTER, 11 Januari – Penyerang baharu Manchester City, Antoine Semenyo mencipta sensasi apabila menjaringkan gol pada penampilan pertamanya untuk Manchester City ketika pasukan itu membelasah Exeter City 10-1 dalam pusingan ketiga Piala FA di Etihad Stadium pada Sabtu.
- Semenyo menunjukkan aksi bertenaga dan kreatif dalam penampilan pertamanya bersama City, memukau penyokong.
- Pergerakan pantas dan kemampuan dribelnya mencipta ancaman berterusan kepada pertahanan lawan.
- Interaksi positif dengan rakan sepasukan meningkatkan pergerakan serangan pasukan secara keseluruhan.
- Walaupun baru, dia menunjukkan keyakinan dan potensi untuk menjadi aset penting kepada City.
Penyerang Ghana itu menyertai City dari Bournemouth dalam perpindahan bernilai £65 juta atau (RM387 juta) pada Jumaat, dan tidak membuang masa untuk membuat impak bersama pasukan kendalian Pep Guardiola.
Pada perlawanan yang dilangsungkan dilaman sendiri itu, City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain muda pertahanan Max Alleyne pada minit ke-12 sebelum Rodri menambah gol kedua pada minit ke-24.
Exter City yang bermain di League One ternyata tidak mampu menandingi corak permainan tuan rumah yang pantas mengakibatkan beberapa kesilapan mudah menyebabkan dua gol sendiri pada minit ke-42 dan 45.
Bersambung babak kedua, Manchester City terus menekan pertahanan Exter dengan jaringan Rico Lewis pada minit ke-49 diikuti Semenyo pada minit ke-54.
Pesta gol City kemudian diteruskan dengan gol ketujuh menerusi Tijjani Reijnders pada minit ke-71.
Nico O’Reilly kemudian menjadikan kedudukan 8-0 menerusi tandukan hasil hantaran Rico Lewis.
Manchester City terus melebarkan kedudukan dengan gol kesembilan dan kesepuluh menerusi pemain muda Ryan McAidoo (17 tahun) pada minit ke-86 dan Rico Lewis sekali lagi pada masa tambahan.
Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar City sejak menewaskan Huddersfield dengan keputusan sama pada 1987, dan kemenangan sembilan gol ke atas Burton pada 2019. – AFP