AFCON: Nigeria mara ke separuh akhir

Para pemain Nigeria merayakan kejayaan mara ke separuh akhir pada aksi Piala Negara Afrika (AFCON)/ AFP

MARRAKESH, 11 Januari -Bintang Nigeria, Victor Osimhen menjadi wira buat negaranya selepas membantu pasukan itu menewaskan Algeria 2-0 pada aksi suku akhir Piala Negara Afrika (AFCON) pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nigeria menguasai babak pertama tetapi gagal menjaringkan gol.
  • Osimhen memecah kebuntuan menerusi tandukan pada minit ke-47.
  • Assist Osimhen membawa kepada gol kedua oleh Akor Adams pada minit ke-60.
  • Kemenangan 2-0 membawa Nigeria ke separuh akhir menentang tuan rumah Maghribi.

Pada perlawanan berkenaan, Nigeria atau julukannya ‘Super Eagles’ mendominasi perlawanan babak pertama, namun buntu mencari gol.

Bersambung babak kedua, Nigeria akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi tandukan Osimhen pada minit ke-47 bagi membolehkan Nigeria mendahului 1-0.

Osimhen sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pertahanan Algeria selepas hantarannya membolehkan Akor Adams menjaringkan gol kedua pada minit ke-60.

Jaringan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu melayakkan Nigeria ke separuh akhir dan akan bertemu tuan rumah, Maghribi. – AFP