Serie A: Roma tekan Inter Milan

Aksi pemain AS Roma ketika menentang Sassuolo/AFP

ROME, 11 Januari – Roma melonjak ke tangga ketiga Serie A dan hanya tiga mata di belakang pendahulu Inter Milan selepas menewaskan Sassuolo 2-0 di Stadio Olimpico awal pagi tadi (Ahad).

RINGKASAN BERITA AI
  • Roma naik ke tangga ketiga Serie A dan kini hanya ketinggalan tiga mata daripada pendahulu Inter Milan.
  • Walau dilanda kecederaan dan kehilangan pemain ke AFCON, Roma tetap menunjukkan aksi bertenaga.
  • Gol lewat Manu Kone dan Matias Soule membawa kemenangan penting 2-0 ke atas Sassuolo.

Meskipun dibelenggu kecederaan dan kehilangan pemain yang beraksi di Piala Negara Afrika (AFCON), Roma tetap tampil dengan aksi bertenaga.

Dua gol lewat permainan daripada Manu Kone dan Matias Soule memastikan kemenangan penting buat pasukan tuan rumah.

Gol pertama hadir pada minit ke-77 apabila Kone menanduk masuk hantaran tepat Soule, sekali gus memecah kebuntuan selepas aksi sengit tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Dua minit kemudian, Soule sendiri menggandakan kedudukan dengan penyudah tenang hasil hantaran cantik daripada Stephan El Shaarawy.

Roma kini berkongsi 39 mata dengan AC Milan yang berada di tempat kedua. – AFP.