Pemain tenis Kanada, China lawat Zoo Sydney menjelang saingan United Cup

SYDNEY, 31 Disember – Pemain tenis Kanada dan China mengambil kesempatan melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai menjelang saingan United Cup, yang akan bermula pada Jumaat, 2 Januari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Felix Auger-Aliassime dan Zhang Zhizhen melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai sebelum United Cup.
  • Mereka memberi makan koala dan kanggaru, menikmati pengalaman ikonik Australia.
  • Lawatan itu berfungsi sebagai peluang pemanasan mental dan fizikal menjelang kejohanan.
  • United Cup penting sebagai persediaan sebelum Terbuka Australia bermula pertengahan Januari.

Antara pemain yang terlibat ialah bintang Kanada, Felix Auger-Aliassime serta wakil China, Zhang Zhizhen.

Mereka dilihat memberi makan kepada koala dan kanggaru sekali gus menikmati pengalaman ikonik di Australia.

United Cup menjadi kejohanan pemanas badan penting bagi pemain elit dunia sebelum menghadapi Terbuka Australia, Grand Slam pertama musim 2026.

Tumpuan peminat tenis dunia akan terarah ke Rod Laver Arena bermula 12 Januari, apabila Terbuka Australia membuka tirai. – REUTERS