Nur Zulaika ungguli keirin wanita U15 di Velodrom Nasional

Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2026 di Nilai, Negeri Sembilan/RTM

NILAI, 12 Jun- Pelumba muda Pulau Pinang, Nur Zulaika Noor Azmi mencuri tumpuan pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2026 apabila muncul juara acara keirin wanita bawah 15 tahun (U15) di Velodrom Nasional Malaysia, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurulatih puji komitmen dan disiplin tinggi atlet sebagai faktor kejayaan.
  • Beliau kata masih banyak perlu diperbaiki dalam latihan dan disiplin; tahap kini sekitar 70 hingga 75 peratus.
  • Kejohanan lima hari bermula 8 Jun menjadi platform penting mengenal pasti bakat baharu.
  • Acara berperanan mencungkil pelapis berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Nur Zulaika mencatat masa 14.809 saat untuk meraih pingat emas, menewaskan pelumba Terengganu, Airah Zarfashan Ahmad Syamsul yang memenangi perak, manakala gangsa menjadi milik Shalyn Nur Ain Raudah Muhamad Sharif dari Pahang.

Jurulatih Pulau Pinang, Kharul Anis Wesdin menyifatkan kejayaan itu hasil komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukkan atlet berkenaan sepanjang sesi latihan.

“Bagi saya, masih banyak yang boleh diperbaiki dari segi latihan, disiplin dan aspek lain. Kami berada pada tahap sekitar 70 hingga 75 peratus untuk mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata kejohanan selama lima hari bermula 8 Jun itu menjadi platform penting dalam mengenal pasti serta membangunkan bakat baharu berbasikal trek negara.

Kejohanan berkenaan turut berperanan sebagai medan mencungkil pelapis atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.