Myanmar lantik Andersen ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan

Foto AFP

YANGON, 9 Julai – Myanmar telah melantik bekas jurulatih Korea Utara, Jørn Andersen, sebagai ketua jurulatih baharu skuad bola sepak lelaki kebangsaan, menurut Persekutuan Bola Sepak Myanmar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menandatangani kontrak dua tahun dan berjanji membantu membangunkan pemain Myanmar serta mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan.
  • Rekod antarabangsa kukuh: bawa Korea Utara menang lapan daripada 14, layak Piala Asia 2019; juga bawa Hong Kong ke Piala Asia 2023.
  • Menggantikan Myo Hlaing Win; Myanmar terus bergolak sejak rampasan kuasa 2021 dan kini di tangga ke-158 ranking FIFA.

Jurulatih dari Norway berusia 63 tahun itu, yang turut pernah mengendalikan pasukan Hong Kong, menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Saya gembira berada di Myanmar.

“Saya akan berusaha membantu membangunkan pemain-pemain Myanmar dan mencapai sebanyak mungkin kejayaan bersama pasukan kebangsaan,” katanya dalam sidang media.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Myanmar, pelantikan Andersen dibuat berdasarkan terhadap pengalaman luasnya sebagai jurulatih di peringkat antarabangsa, pemahamannya yang mendalam mengenai bola sepak Asia serta keupayaannya dalam membina pasukan berdaya saing.

Sepanjang tempoh beliau mengendalikan Korea Utara, pasukan itu memenangi lapan daripada 14 perlawanan yang diharungi dan berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2019.

Beliau juga merupakan jurulatih asing pertama yang mengendalikan pasukan kebangsaan negara yang sekian lama terasing di peringkat antarabangsa.

Myanmar terus bergolak akibat perang saudara sejak tentera merampas kuasa pada 2021 yang menggulingkan kerajaan dipilih rakyat pimpinan Aung San Suu Kyi yang merupakan penerima Hadiah Keamanan Nobel.

Andersen turut diberi penghargaan kerana berjaya membawa Hong Kong layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 buat kali pertama dalam tempoh lebih lima dekad.

Bekas penyerang antarabangsa itu juga pernah muncul penjaring terbanyak Bundesliga ketika beraksi bersama Eintracht Frankfurt.

Andersen akan menggantikan bekas pemain Myanmar, Myo Hlaing Win, yang memegang jawatan ketua jurulatih sejak 2024.

Myanmar kini berada di tangga ke-158 dalam ranking dunia lelaki FIFA dan sebelum ini pernah dibimbing jurulatih dari Jerman, Antoine Hey dan Michael Feichtenbeiner. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.