Sepanyol jangka cabaran getir Belgium

Foto REUTERS

CALIFORNIA, 9 Julai – Pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo menjangkakan cabaran getir bakal menanti pasukannya menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia menentang Belgium, esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sepanyol dianggap antara pasukan paling konsisten dan menonjol sebagai pasukan dominan dalam kejohanan.
  • Belgium berada pada momentum terbaik selepas kemenangan besar 4-1 ke atas Amerika Syarikat.
  • Di bawah Luis de la Fuente, Sepanyol kekal tanpa kalah dalam 35 perlawanan kerana pemain anggap setiap perlawanan seperti aksi akhir.
  • Kekuatan Sepanyol bukan pada seorang pemain; kolektif, dengan Pedri dan Lamine Yamal menambah ancaman selepas pulih.

Sepanyol yang turun dengan reputasi gah sebagai antara pasukan paling konsisten pada kejohanan Piala Dunia kali ini.

Sementara Belgium pula berada pada momentum terbaik selepas melakar kemenangan besar 4-1 ke atas Amerika Syarikat baru-baru ini.

Di bawah kendalian Luis de la Fuente, skuad La Roja kini memegang rekod kebal tanpa kalah dalam 35 perlawanan berturut-turut, sekali gus mengubah status mereka daripada juara Eropah kepada sebuah pasukan yang mendominasi setiap lawan.

Menurut Olmo, kunci utama kepada rekod tanpa kalah berkenaan adalah sikap barisan pemain yang menganggap setiap perlawanan seperti aksi akhir.

Selain itu,beliau turut memuji keserasiannya bersama rakan sepasukan di Barcelona, Pedri dan bintang muda, Lamine Yamal.

Kekuatan Sepanyol tidak hanya bersandarkan kepada seorang pemain bintang, sebaliknya terletak pada skuad secara kolektif selepas mereka melakar rekod Euro 2024 dengan meledak 15 gol menerusi 10 penjaring berbeza.

Malah, kehadiran Yamal yang kini semakin berbisa selepas pulih daripada kecederaan hamstring April lepas, dilihat sudah cukup untuk mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan sekali gus mencipta ruang buat rakan sepasukan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.