Tiga klinik kesihatan di Lawas dibina baharu, dinaik taraf

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib

KUALA LUMPUR, 21 Oktober -Sejumlah tiga buah klinik kesihatan di Lawas, Sarawak diluluskan pembinaan baharu atau naik taraf bagi memperkukuh kemudahan dan akses perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Klinik Kesihatan Kuala Lawas akan sediakan radiologi, pergigian dan rehabilitasi termasuk fisioterapi serta terapi pekerjaan.
  • Fasiliti termasuk bilik kecemasan, tiga bilik rawatan tambahan dan empat unit kuarters.
  • Projek naik taraf Kuala Lawas bermula Julai 2026 dengan tempoh pelaksanaan 18 bulan.
  • Projek Klinik Jenis Tujuh di Ba'kelalan dalam proses tender, dijangka siap pada 2028.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, Klinik Kesihatan Lawas jenis tiga yang meliputi empat unit kuarters itu dijangka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Disember ini dan dijangka mula beroperasi pada awal 2027.

“Apabila siap kelak, Klinik Kesihatan Kuala Lawas akan menyediakan perkhidmatan kesihatan tambahan merangkumi radiologi, pergigian dan rehabilitasi, termasuk fisioterapi serta terapi pekerjaan (occupational therapy).

“Klinik itu turut dilengkapi bilik kecemasan, tiga bilik rawatan tambahan dan empat unit kuarters.

“Projek menaik taraf Klinik Kesihatan Kuala Lawas yang melibatkan penggantian infrastruktur bangunan sedia ada itu telah memulakan pembinaan pada Julai 2026, dengan tempoh pelaksanaan selama 18 bulan dan dijangka siap pada Januari 202,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong di Dewan Rakyat.

Menurut Datuk Hanifah, projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tujuh di Ba’kelalan pula masih dalam proses tender dan dijangka siap pada 2028.

Selain tiga projek berkenaan, lima lagi klinik kesihatan dikenal pasti dalam Pelan Induk KKM bagi cadangan pembinaan gantian pada masa hadapan, iaitu Long Semadoh, Merapok, Sundar, Tang Lapadan dan Trusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.