Iran rancang hantar 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026

Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung di Nagoya dan Wilayah Aichi, Jepun bermula dari 19 September hingga 4 Oktober.

KUALA LUMPUR, 25 Januari – Iran merancang untuk menghantar antara 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun, menurut Chef-de-Mission Iran bagi temasya itu, Asghar Rahimi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilihan akhir atlet belum diputuskan, menandakan proses saringan sedang berjalan.
  • Iran menekankan kualiti berbanding kuantiti dalam pemilihan pasukan.
  • Fokus utama adalah memilih atlet berpotensi memenangi pingat di Nagoya.
  • Sukan Asia 2026 berlangsung 19 Sept hingga 4 Okt di Nagoya dan Wilayah Aichi.

Bagaimanapun, beliau berkata pemilihan akhir masih belum diputuskan sambil menegaskan bahawa Iran akan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, dengan fokus utama diberikan kepada prospek pingat.

“Keutamaan kami adalah memenangi pingat,” kata Rahimi seperti yang dipetik oleh Tehran Times.

Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung di Nagoya dan Wilayah Aichi bermula dari 19 September hingga 4 Oktober.- BERNAMA