
ABHA, 22 Januari – Cristiano Ronaldo dan Abdulrahman Ghareeb masing-masing mencatatkan nama sebagai penjaring gol ketika membantu Al Nassr meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan bawahan, Damac, dalam aksi Liga Pro Saudi, awal pagi Khamis.
- Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-960 dalam kemenangan 2-1 Al Nassr ke atas Damac.
- Abdulrahman Ghareeb membuka jaringan pada minit kelima dengan rembatan rendah.
- Damac menggugah kembali pada minit ke-68 melalui tandukan Jamal Harkass.
- Al Nassr kekal di tangga kedua dengan 37 mata, empat mata di belakang Al Hilal.
Ghareeb membuka tirai jaringan seawal minit kelima perlawanan menerusi rembatan rendah ke penjuru kiri gawang.
Ronaldo kemudian menggandakan kelebihan Al Nassr pada babak kedua hasil umpanan kemas Joao Felix.
Gol itu merupakan jaringan profesional ke-960 buat bintang Portugal berkenaan dalam misinya memburu 1,000 gol sepanjang karier.
Damac bangkit merapatkan jurang pada minit ke-68 menerusi tandukan Jamal Harkass hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Abdullah Al Qahtani.
Tiada tambahan gol selepas itu memastikan Al Nassr meraih tiga mata berharga untuk terus menghidupkan peluang merangkul trofi musim ini.
Skuad kendalian Jorge Jeuss kini kekal di tangga kedua liga dengan 37 mata, berkongsi jumlah mata dengan Al Ahli, namun masih ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Al Hilal.