
BARCELONA, 18 April – Pemain muda Sepanyol, Rafael Jodar mencipta kejutan apabila mara ke separuh Terbuka Barcelona selepas menewaskan pilihan ketujuh dari Britain, Cameron Norrie, 6-3, 6-2 dalam tempoh 69 minit.
- Rafael Jodar akan berdepan Arthur Fils di separuh akhir Terbuka Barcelona.
- Arthur Fils mengejutkan apabila menewaskan pilihan kedua Lorenzo Musetti 6-3, 6-4.
- Separuh akhir lain mempertemukan pilihan kelima Andrey Rublev dengan Hamad Medjedovic.
- Rublev menewaskan Tomas Machac 6-4, 6-3; Medjedovic menyingkirkan Nuno Borges 7-6(6), 6-2.
Pemain berusia 19 tahun yang beraksi menerusi tiket wildcard itu bakal berdepan pemain Perancis, Arthur Fils di pentas separuh akhir.
Arthur yang merupakan pilihan kesembilan sebelum itu melakar kemenangan mengejut apabila menundukkan pilihan kedua dari Itali, Lorenzo Musetti, 6-3, 6-4.
Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir menemukan pilihan kelima dari Rusia, Andrey Rublev yang akan berdepan pemain kelayakan Serbia, Hamad Medjedovic.
Rublev mara selepas menewaskan pemain Republik Czech, Tomas Machac, 6-4, 6-3 manakala Medjedovic menyingkirkan wakil Portugal, Nuno Borges, 7-6(6), 6-2.-REUTERS