Gabriel Martinelli tinggalkan Arsenal selepas tujuh tahun, sertai Al-Hilal

Foto Reuters

LONDON, 4 September – Penyerang Brazil, Gabriel Martinelli meninggalkan Arsenal selepas tujuh tahun untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal dengan kontrak selama empat tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Martinelli membuat 278 penampilan dan menjaringkan 62 gol dalam semua pertandingan untuk Arsenal.
  • Beliau membantu Arsenal memenangi Liga Perdana musim lalu, Piala FA 2020 dan Perisai Komuniti FA 2023.
  • Arsenal mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau dan mendoakan yang terbaik; perpindahan turut diumumkan oleh kedua-dua kelab.

Perpindahan pemain berusia 25 tahun itu diumumkan kedua-dua kelab berkenaan pada Khamis.

Sejak menyertai Arsenal pada 2019, Martinelli membuat sebanyak 278 penampilan dalam semua pertandingan dengan 62 jaringan gol.

Sepanjang tempoh itu juga, beliau turut membantu Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu selain, Piala FA pada 2020 dan Perisai Komuniti FA pada 2023.

“Semua warga Arsenal mengucapkan terima kasih kepada Gabriel Martinelli atas sumbangannya kepada kelab serta mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarganya pada masa depan,,” kata Arsenal.

Martinelli menyusuli Crysencio Summerville dan Ollie Watkins yang masing-masing menyertai kelab Arab Saudi itu dari West Ham United dan Aston Villa. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.