Umat Islam diminta patuhi fatwa berkaitan yoga – Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil / RTM

KUALA LUMPUR, 6 September – Umat Islam diminta mematuhi fatwa berkaitan pengharaman senaman yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan serta pemujaan bagi tujuan tertentu

RINGKASAN BERITA AI
  • Fatwa Wilayah Persekutuan wajar dirujuk, telah diwartakan pada 2 April 2009.
  • Alasan fatwa: aktiviti tersebut menyerupai amalan agama lain, oleh itu dianggap terlarang.
  • Mufti menggesa pilihan aktiviti senaman alternatif bagi menjaga perasaan dan reputasi umat Islam.
  • Menteri Dr Zulkifli mengalu-alukan dialog pihak terlibat dengan Mufti untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, berkata perkara itu terkandung dalam Fatwa Wilayah Persekutuan yang telah diwartakan pada 2 April 2009

“Fatwa sudah ada, kita tetapkan fatwa yang dia terlarang sebab dia ada menyerupai agama yang lain.

“Kita akan syorkan kepada aktiviti senaman yang lainlah. Banyak aktiviti yang lain sebab kita nak jaga perasaan orang Islam juga supaya tidak timbul orang kata reputasi sebagai seorang Muslim. Jadi saya harap semua patuh dengan fatwa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Barakah Pit Stop di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, di sini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan, turut mengalu-alukan pihak yang terbabit dalam aktiviti berkenaan untuk mengadakan dialog bersama Mufti Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan.

“Kita yakin bahawa perkara ini boleh kita bimbing dengan baik, dengan nasihat, dengan pesanan daripada para mufti dan pada pihak yang berkuasa,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.