Tiada SJKT ditutup bawah Kerajaan MADANI

Datuk Seri Fadhlina Sidek menyempurnakan Majlis Pecah Tanah SJKT Sungai Bakap

SUNGAI BAKAP, 6 September – Tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan ditutup, selagi Kerajaan MADANI mentadbir negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • SJKT akan diperkukuh kerana ia sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.
  • KPM menggariskan pendekatan bagi mengukuhkan proses pembelajaran dan mengangkat elemen pendidikan di SJKT.
  • Projek blok gantian SJKT Sungai Bakap di tapak baharu akan dilaksanakan oleh Yayasan Didik Negara, dipantau JPNPP; siap dalam 56 minggu.

Sebaliknya, insititusi itu akan diperkukuh memandangkan SJKT adalah sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan andaian yang timbul, sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan telah menggariskan beberapa pendekatan bagi mengukuhkan proses pembelajaran di SJKT, sebagai usaha mengangkat elemen pendidikan.

“Kita beri jaminan bawah Kerajaan MADANI, tiada SJKT yang akan ditutup, malah kita akan memberikan tumpuan kepada semua sekolah untuk pembangunan penyelenggaraan dan juga program-program yang terkait dengan pengukuhan guru serta pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah SJKT Sungai Bakap bersama pemimpin dan masyarakat setempat, di sini.

Datuk Seri Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memaklumkan, projek pembinaan blok gantian penuh bangunan sekolah SJKT Sungai Bakap di tapak baharu yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi sekarang, dijangka siap dalam tempoh 56 minggu.

Projek itu akan dilaksanakan oleh Yayasan Didik Negara, manakala proses pembinaan akan dipantau Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) bagi memastikan pembinaan berjalan mengikut perancangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.