
SERDANG, 6 September – Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 membuktikan komitmen kerajaan dalam memartabatkan sektor pertanian negara sekali gus memperkasa agenda keterjaminan makanan.
- Sektor pertanian kekal menjadi fokus utama kerajaan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Peruntukan bagi sektor pertanian perlu dipertingkatkan selaras dengan pencapaian membanggakan.
- Pertanian kini lebih moden dengan peningkatan eksport nanas dan pengeluaran bawang yang berkembang.
- Anwar merakamkan penghargaan kepada petani, peladang, nelayan dan pengusaha industri pertanian atas sokongan mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sektor pertanian kekal antara fokus utama kerajaan.
Sehubungan itu, beliau berkata peruntukan sektor berkenaan perlu dipertingkatkan selaras dengan pencapaian membanggakan direkodkan sektor itu.
“Dulu jumlah eksport nanas kecil tetapi sekarang jumlahnya sudah besar. Jumlah pengeluaran bawang dulu hampir tidak ada, sekarang dah berkembang. Ini menggambarkan pertanian masa kini sudah moden, hubungan antarabangsa daripada import eksport dan perdagangan meningkat.
“Oleh itu, saya berasa bangga bersama-sama dalam Majlis Penutup MAHA ini. Satu deretan program MAHA yang sudah menjangkau lebih lima dekad. Ternyata MAHA 2026 dengan pasukan hebat tahun ini mencatat kemajuan tinggi dalam sejarah,” katanya
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk petani, peladang, nelayan, pengusaha industri pertanian dan rakyat kerana bersama-sama dalam menjayakaan penganjuran MAHA kali ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.