Kuartet 4x100m wanita Malaysia rangkul emas di Oman

Foto FB Olahraga Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 September – Kuartet 4×100 meter wanita negara mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas pada ‘Oman Athletics Grand Prix 2026’ yang berlangsung di Muscat, Oman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Azreen Nabila, Izzatul Musfirah, Nurul Wardatul Huwaida dan Nur Aishah Rofina mencatat masa 46.07 saat.
  • Kuwait dan Sharjah masing-masing meraih perak (49.81s) dan gangsa (51.19s) dalam perlumbaan itu.
  • Kejayaan itu mengibarkan Jalur Gemilang dan menjadi suntikan semangat buat skuad olahraga Malaysia meneruskan saingan antarabangsa.

Kuartet yang dibarisi Azreen Nabila, Izzatul Musfirah, Nurul Wardatul Huwaida dan Nur Aishah Rofina itu mencatat masa 46.07 saat untuk muncul juara dalam saingan ‘World Athletics Continental Tour Bronze Label’ itu.

Kuwait terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat 49.81 saat, manakala Sharjah meraih gangsa dengan catatan 51.19 saat.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan kuartet wanita negara mengibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa, selain menjadi suntikan semangat buat skuad olahraga Malaysia meneruskan saingan di peringkat global.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.