Israel lancar serangan di Lubnan

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 6 September – Tentera Israel melancarkan serangan ke atas selatan Lubnan pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hezbollah lancarkan dua dron ke arah anggota tentera Israel yang beroperasi di bandar Arab Salim dalam zon keselamatan.
  • Tentera Israel memaklumkan tiada anggota tenteranya cedera akibat serangan dron itu.
  • Israel menyifatkan serangan sebagai pelanggaran terang-terangan dan melancarkan serangan balas terhadap beberapa sasaran di selatan Lubnan.
  • Penduduk Arab Salim diarahkan berpindah segera; pihak berkuasa Lubnan melaporkan empat orang terbunuh dalam serangan di selatan dan timur.

Serangan tersebut berikutan tindakan kumpulan Hezbollah melancarkan dua dron ke arah anggota tentera Israel yang beroperasi di kawasan kota Arab Salim yang turut dikenali sebagai zon keselamatan.

Tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada anggota tenteranya dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.

“Pengganas daripada organisasi pengganas Hezbollah melancarkan dua dron ke arah anggota IDF yang beroperasi di zon keselamatan di selatan Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Tentera Israel menyifatkan tindakan tersebut sebagai “pelanggaran terang-terangan” dan memaklumkan bahawa, serangan balas sedang dilancarkan ke atas beberapa sasaran di selatan Lubnan.

Dalam perkembangan berasingan, tentera Israel turut mengarahkan penduduk di bandar Arab Salim supaya berpindah dengan segera sebelum serangan yang didakwa boleh berlaku dalam masa terdekat.

Ketika ini, tentera Israel masih beroperasi di dalam zon keselamatan yang diisytiharkannya sendiri, kira-kira 10 kilometer (enam batu) dari sempadan masuk ke wilayah Lubnan.

Pihak berkuasa Lubnan pada Sabtu berkata serangan Israel di bahagian selatan dan timur negara itu telah mengorbankan empat orang. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.