Operasi pembenihan awan diteruskan mengikut saranan MetMalaysia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi

ISKANDAR PUTERI, 6 September – Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sarawak akan diteruskan bagi membantu mengurangkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU), susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa bahagian di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan OPA berdasarkan nasihat MetMalaysia.
  • Kuching dan Sri Aman catat bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
  • Serian yang diisytiharkan darurat menunjukkan bacaan IPU semakin menurun.
  • Operasi dijalankan mengikut keadaan angin dan kedudukan awan, diharap bantu turunkan IPU sempena Hari Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi berkata, pelaksanaan operasi berkenaan dibuat berdasarkan nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketika ini dua kawasan di Sarawak, iaitu Kuching dan Sri Aman merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Serian yang diisytiharkan darurat menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan IPU semakin menurun.

“Kita berharap bersempena sambutan Hari Malaysia di Kuching, operasi pembenihan awan dapat membantu menurunkan bacaan IPU di Sarawak.

“Operasi pembenihan awan akan terus dijalankan di kawasan lain mengikut keadaan angin dan kedudukan awan. Kita juga mendapat nasihat daripada MetMalaysia bagi menentukan lokasi dan masa yang sesuai untuk operasi pembenihan awan berdasarkan pergerakan angin,” katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity, di sini.

Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 9 pagi tadi, Kuching mencatatkan bacaan IPU 229, manakala Sri Aman (215).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.