Federer terharu diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa

Legenda tenis Switzerland, Roger Federer ketika menerima pengiktirafan Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa / Foto REUTERS

NEWPORT, 30 Ogos – Legenda tenis Switzerland, Roger Federer, secara rasmi diabadikan ke dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa di sini, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Federer menzahirkan penghargaan mendalam kepada keluarga, jurulatih dan semua yang membantu sepanjang kerjayanya.
  • Menjuarai 20 Grand Slam dan 103 Jelajah ATP; pernah menduduki tempat nombor satu dunia selama 310 minggu.
  • Dalam ucapan penuh emosi beliau menasihati pemain muda supaya kekal bersahabat dan menjadi diri sendiri ketika mengejar kejayaan.

Federer, 45 tahun, yang pernah memenangi 20 gelaran Grand Slam perseorangan sebelum bersara pada 2022,menerima penghormatan itu dalam majlis penuh emosi dan menyifatkan ia sebagai antara ‘penghormatan terbesar dalam hidupnnya’.

Dalam ucapan di hadapan barisan legenda tenis dunia, Federer mengenang perjalanan kariernya selama 24 tahun sebelum menzahirkan penghargaan kepada keluarga, jurulatih dan semua pihak yang membantu perjalanan kariernya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut bergurau bahawa dia memakai lebih 5,000 ikat kepala sepanjang kariernya, jumlah yang menurutnya lebih banyak berbanding legenda Bjorn Borg dan John McEnroe jika digabungkan.

“Tenis sangat bermakna dalam hidup saya. Kemasyhuran bukan matlamat saya. Saya hanya mahu melakukan sesuatu yang saya cintai bersama orang yang saya sayangi,” katanya.

Federer turut menasihati pemain muda supaya mengekalkan semangat persahabatan dan kekal menjadi diri sendiri ketika mengejar kejayaan.

Federer menjadi pemain profesional pada 1998 sebelum bersara pada 2022.

Sepanjang kariernya, beliau memenangi 20 gelaran Grand Slam dan 103 gelaran Jelajah ATP, selain menduduki ranking nombor satu dunia selama 310 minggu.

Beliau juga mencatat rekod 237 minggu berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dan menjadi lelaki pertama memenangi 20 gelaran perseorangan Grand Slam. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.