FAM seru sokongan padu buat Harimau Malaya

Foto FB Football Association of Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Julai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak tanah air, agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Kejohanan Piala Hyundai ASEAN 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan dilihat sebagai pentas penting untuk menguji kekuatan pasukan.
  • Memperkukuh keserasian pemain sebagai persediaan menghadapi cabaran antarabangsa.
  • Peluang terbaik untuk Ketua Jurulatih Interim Tan Cheng Hoe memperkasa pasukan.
  • Sokongan padu penyokong menjadi pembakar semangat, memacu komitmen, disiplin dan semangat juang demi mengharumkan nama negara.

Menurut FAM dalam kenyataan hari ini, kejohanan yang bakal berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos itu dilihat sebagai pentas penting buat pasukan kebangsaan menguji kekuatan.

Selain memperkukuh keserasian antara pemain dalam menghadapi cabaran lebih besar di peringkat antarabangsa.

“Kejohanan berkenaan juga menjadi medan terbaik buat Ketua Jurulatih Interim, Tan Cheng Hoe, dalam usaha memperkasa pasukan sebelum mengharungi Piala ASEAN FIFA 2026.

“Kekuatan sebenar Harimau Malaya bukan sahaja terletak pada kemampuan pemain dan barisan kejurulatihan, malah turut dipacu oleh semangat serta sokongan padu penyokong setia,” katanya.

Sehubungan itu, FAM berharap sokongan berterusan daripada seluruh peminat mampu menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk beraksi dengan penuh komitmen, disiplin dan semangat juang tinggi demi mengharumkan nama negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.