FAM serah surat penjelasan isu bajet kepada Pesuruhjaya Sukan

FAM telah menyerahkan surat rasmi kepada Pesuruhjaya Sukan. Foto/Bernama

PETALING JAYA, 9 JUN – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menyerahkan surat rasmi yang mengandungi penjelasan isu bajet kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia oada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penjelasan lengkap mengenai kekeliruan pembentangan penyata kewangan dan bajet yang dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM.
  • Menjelaskan dakwaan yang menimbulkan persepsi FAM tidak membentangkan penyata kewangan teraudit dan bajet tahunan kepada ahli gabungan.
  • Menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997.
  • FAM akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi sebarang perkara yang memerlukan penjelasan lanjut.

FAM dalam kenyataan memaklumkan, surat berkenaan merupakan penjelasan lengkap berhubung kekeliruan mengenai pembentangan penyata kewangan dan bajet FAM yang dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun lalu.

“Surat rasmi itu diserahkan bagi menjelaskan dakwaan yang menimbulkan persepsi seolah-olah FAM tidak membentangkan penyata kewangan teraudit serta bajet tahunan kepada ahli-ahli gabungan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

“Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997,” kata kenyataan tersebut.

FAM menegaskan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan dalam apa jua perkara yang memerlukan penjelasan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.