Olise nadi serangan Les Bleus

Pemain Perancis meraikan kemenangan 3-1 pada aksi persahabatan menentang Ireland. Foto/AFP.

LILLE, 9 JUN – Pemain sayap Perancis, Michael Olise berpotensi menjadi nadi utama skuad Les Bleus menjelang kempen Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Olise meledak hatrik dalam perlawanan persahabatan menentang Ireland, membantu Perancis menang 3-1.
  • Didier Deschamps menuntut Olise kekalkan momentum menjelang aksi kumpulan pertama menentang Senegal pada 17 Jun.
  • Perancis digeruni pada Piala Dunia 2026 dengan barisan penyerang termasuk Mbappe, Doue, Dembele dan Olise.

Pemain berusia 24 tahun itu kini berada pada prestasi terbaik selepas meledakkan hatrik untuk membantu Perancis mengatasi Ireland 3-1 pada perlawanan pemanas badan di sini pada Isnin.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps mencabar Olise untuk mengekalkan momentum tersebut pada aksi pertama peringkat kumpulan menentang Senegal pada 17 Jun ini.

“Kami memerlukan khidmat Olise yang kini berada pada prestasi terbaik. Dia telah melakukan banyak perkara yang hebat.

“Dia juga penuh dengan keyakinan dan keupayaan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Pada kempen Piala Dunia 2026, Perancis menjadi pasukan yang digeruni kerana dibarisi penyerang terbaik dunia seperti Kylian Mbappe, Desire Doue, Ousmane Dembele dan Olise. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.