7,000 sukarelawan sertai SUKMA Selangor, terima RM100 elaun sehari

Himpunan Mega Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Litar Antarabangsa Sepang/Foto Amirudin Shari

SEPANG, 9 Ogos — Kira-kira 7,000 sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 akan menerima elaun RM100 sehari, selain tambahan RM100 bagi pengangkutan secara one-off.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman dibuat semasa Himpunan Mega Sukarelawan SUKMA di Litar Antarabangsa Sepang.
  • Elaun diberikan sebagai penghargaan kepada sukarelawan atas komitmen, masa dan tenaga mereka.
  • Sukarelawan akan bantu operasi termasuk membantu atlet, pegawai, kontinjen dan tetamu.
  • Temasya 15 hingga 24 Ogos 2026, 15 kontinjen termasuk Brunei, 469 acara dalam 37 jenis sukan.

Pengumuman itu dibuat ketika Himpunan Mega Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Ahad lalu.

Elaun berkenaan diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen, masa dan tenaga sukarelawan yang akan membantu memastikan kelancaran penganjuran temasya berkenaan.

Sukarelawan terbabit akan memainkan peranan dalam pelbagai aspek operasi termasuk membantu atlet, pegawai, kontinjen serta tetamu sepanjang SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.

Himpunan itu turut menjadi platform untuk menyatukan barisan sukarelawan serta memperkukuh kesiapsiagaan mereka sebelum temasya bermula.

SUKMA Selangor 2026 disertai 15 kontinjen, termasuk 14 kontinjen negeri dan Brunei Darussalam sebagai kontinjen jemputan.

Temasya itu berlangsung 15 hingga 24 Ogos 2026, membabitkan 469 acara dalam 37 jenis sukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.