Trump sokong Infantino kekal Presiden FIFA

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump/Foto Reuters

WASHINGTON, 11 Ogos — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyokong Gianni Infantino kekal sebagai Presiden FIFA dan menyifatkan usaha menggantikannya sebagai satu “kesilapan besar”.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump hantarkan mesej di Truth Social ketika Infantino berdepan dakwaan hubungan sulit tempat kerja dan skim pelaburan swasta gagal.
  • Trump menyifatkan Infantino sebagai 'hebat'.
  • Infantino akan bertanding semula bagi jawatan Presiden FIFA pada Mac depan dan menafikan sebarang salah laku.

Trump berkata demikian menerusi hantaran di Truth Social ketika Infantino berdepan dakwaan hubungan sulit di tempat kerja selain dakwaan skim pelaburan swasta yang gagal.

“FIFA akan melakukan kesilapan besar jika, atas apa jua sebab, mereka cuba menggantikan Presiden Gianni Infantino,” katanya.

Trump turut menyifatkan Infantino, peguam Itali-Switzerland, sebagai “hebat”.

Infantino yang akan bertanding semula bagi jawatan Presiden FIFA pada Mac depan menafikan sebarang salah laku. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.