
KUCHING, 23 Oktober –Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung insiden di sebuah sekolah swasta di Kuching.
- Pihak terlibat termasuk pengadu, mangsa, pegawai perubatan, pegawai tindakan dan ibu bapa individu yang disiasat.
- Siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.
- PDRM mengambil serius sensitiviti semua pihak dan menekankan kebajikan mangsa serta pelajar; orang ramai diminta hormati privasi.
- Suspek masih menerima rawatan di hospital; siasatan diteruskan mengikut keadaan kesihatannya dan nasihat pegawai perubatan.
Mereka termasuk pengadu, mangsa, pegawai perubatan, pegawai yang terlibat dalam tindakan tangkapan dan rampasan serta ibu bapa individu yang disiasat.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti yang berkaitan.
Polis Diraja Malaysia mengambil serius aspek sensitiviti semua pihak, khususnya kebajikan mangsa dan pelajar yang terlibat.
“Orang ramai diminta menghormati privasi mereka dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi yang boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana pihak, khususnya individu bawah umur,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, suspek kini masih menerima rawatan di hospital dan pihak polis meneruskan tindakan siasatan dengan mengambil kira keadaan kesihatannya serta tertakluk kepada nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan.