Amerika tuan rumah Piala Dunia Kelab Wanita FIFA 2028

Foto AFP

PARIS, 23 Oktober – Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai tuan rumah edisi sulung Piala Dunia Kelab Wanita FIFA yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 30 Januari 2028.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan menghimpunkan 19 kelab elit dari enam konfederasi benua.
  • Tujuh kelab sudah mengesahkan penyertaan, termasuk Arsenal, Barcelona dan Corinthians.
  • Kuota: AFC, CAF, CONCACAF, CONMEBOL tiga kelab setiap satu, OFC satu, UEFA enam.
  • FIFA anggap kejohanan langkah penting memperkukuh profesionalisme dan perkembangan bola sepak kelab wanita, ditangguh ke 2028 untuk elak pertindihan jadual.

FIFA berkata, pemilihan itu mengambil kira pengalaman AS menganjurkan kejohanan antarabangsa, kemudahan infrastruktur serta minat tinggi terhadap bola sepak wanita di negara berkenaan.

Kejohanan itu bakal menghimpunkan 19 kelab elit dari enam konfederasi benua. Setakat ini, tujuh kelab telah mengesahkan penyertaan, termasuk Arsenal dari England, Barcelona dari Sepanyol dan Corinthians dari Brazil.

Bagi kuota penyertaan, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Afrika (CAF), Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) serta Amerika Selatan (CONMEBOL) masing-masing akan diwakili tiga kelab. Oceania (OFC) pula mendapat satu slot, manakala Eropah (UEFA) akan menghantar enam kelab.

FIFA menyifatkan pengenalan kejohanan itu sebagai langkah penting dalam memperkukuh profesionalisme dan memperluas perkembangan bola sepak kelab wanita di peringkat global.

Kejohanan itu pada asalnya dijadual berlangsung pada 2026, namun ditangguhkan ke 2028 bagi mengelakkan pertindihan jadual dengan Piala Dunia Wanita FIFA 2027 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.